Tuesday, March 31, 2009

Hari ini hari demam...

Hari ni terlewat bangun. Mungkin penat sepanjang minggu ni membuatkan badan tak selesa dan panas. Semalam hampir berlaku kejadian tidak diingini. BBX hampur terbakar! Nasib baik kirin ( bukan nama sebenar) menjadi hero di tempat kejadian. Hari ni tiba-tiba je badan terasa lesu dan sangat penat! Tiba-tiba kepala sakit yang teramat. Hari ni rehearsal Capital Mall berjalan seperti biasa. Hari ni namron( Bukan nama sebenar) akan melihat dan mengubah apa yang perlu diubah. Maaf tiada gambar. Copyright kata Production Manager! Haha. Hari ni agak sedih, insan yang kita sayang pergi mandi tanpa bagitahu semasa kami sedang bersms. Yelah... Siapalah kita? Insan yang terbuang yang hanya berpaut pada dahan yang rapuh. Bila-bila boleh tersungkur menyembah bumi. Goodluck

Sunday, March 29, 2009

Nantikan Teater Eksperimen Kapital Mall...

Dalam masa 4 jam di sebuah pusat membeli-belah yang sedang melangsungkan karnival mega sale. Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku. Semua sedang bergembira dengan sistem yang diwujudkan untuk menakluk hati setiap manusia. Dalam tidak disedari ada insan-insan yang merana disebabkan sistem ini. Tunggu dan lihat sahaja.

Sunday, March 22, 2009

ZIP AKU ROSAK!!!!

Kejadian berlaku di dalam LRT! Hah! Nasib baik tak ada yang perasan... Bila difikirkan semula kenapa nak malu sangat? Bukan sengaja pun nak tunjukkan! Dah takdir nak rosak so apa nak dipedulikan? Hari ni akan ada sesuatu yang dipanggil " keletihan sampai di tahap tidak boleh berehat lagi". Oklah...

Semalam hilang road tax,
hari ni naik LRT.

Naik LRT,
Zip terbuka.

13 HARI LAGI MENUJU CAPITAL MALL....

CAPITAL MALL merupakan kerja yang berat dan susah. Semua orang sedang berat kepala untuk bekerja dalamnya. Hari yang13 sudah sampai. Orang kata no 13 ni adalah hari yang malang. Betul ke? Tapi hari ini adalah yang terbaik! Tiada yang lambat,tiada yang culas-culas! This mitos have busted! CAPITAL MALL hanya tinggal kurang 2 minggu! Tunggu dan lihat!

Tuesday, March 17, 2009

Hari ini hari yang pelik....

Kenapa semua orang jadi pelik hari ini? Hari ini hari yang paling penting... Tapi kenapa semua orang jadi pelik? Malas,tidur,pergi makan... Ahh.. Kenapa? Semua orang perlu bangun! Tolonglah bangun dari tidur dan mimpi sedar kamu semua. Kamu semua hebat. Aku tahu semua itu!