Saturday, April 18, 2009

ORANG TUA DAN 4 DINAR

Tidak sampai 24 jam dari blog ini ditulis,penulis baru saja selesai memainkan watak orang tua di dalam Bangsawan Haris Fadilah. Watak ini hanya muncul sekali sahaja dalam bangsawan ini. Walau begitu,impak dari dialog yang diucapkan mengubah seluruh kehidupan Orang Muda. Jika ditenung dan direnung kata-kata watak ini.. makna empat dinar itu adalah Allah S.W.T menjadikan alam ini dengan 4 penjuru iaitu utara,selatan,timur dan barat serta Allah menjadikan manusia dari empat unsur,api ,angin ,air,dan tanah.Kata-kata watak ini membuatkan penulis berfikir tentang kehidupan yang sering terleka terlupa pada Yang Maha Esa. KekuasaanNya sangat terhingga. Itu adalah hakikatnya! Mungkin empat dinar itu adalah simbolik kepada kemurahan ilmu dan nikmat yang diberikan. Cuma kita perlu mencari-cari. Yang penting tidak lupa pada yang Hakiki. Salam

1 comment:

  1. hey...sy pengikut setia blog awak. jgn malas2 update..
    tampor kang... keh3..=D

    ReplyDelete