Tuesday, May 12, 2009

1 PENGURUSAN PENTAS! 2 PENGARAHAN! DAN 5 LAKONAN!

Semua tu berlaku dalam 4 minggu ni sahaja! Memang sibuk lagi merumitkan. Tapi ini adalah realitinya jika saya mahu berjaya... Adakah saya yakin saya akan berjaya? Kemungkinannya itu tetap ada jika ada rezeki saya dalam bidang ni. Baru ni pulang ke kampung.. Tapi hanya sempat menatap wajah ibunda dan ayahanda dalam sekali dua. Sakitnyalah hati... Adat seorang yang menjadikan seni sebagai wadah kehidupan di muka bumi Allah terindah ini... Ibarat lirik lagu Arus Debunga yang ditulis sendiri... Debunga muda leka terhanyut... Dalam gelombang arus menggila... Mencari dahan untuk berpaut... Agar benihnya terus berbunga... Harapnya ada sesuatu yang berharga menunggu untuk dihujung perjalanan. Tq kepada seseorang yang terus tidak jemu menyokong dan menbantu perjalanan hidup ini.

2 comments: