Saturday, April 18, 2009

ORANG TUA DAN 4 DINAR

Tidak sampai 24 jam dari blog ini ditulis,penulis baru saja selesai memainkan watak orang tua di dalam Bangsawan Haris Fadilah. Watak ini hanya muncul sekali sahaja dalam bangsawan ini. Walau begitu,impak dari dialog yang diucapkan mengubah seluruh kehidupan Orang Muda. Jika ditenung dan direnung kata-kata watak ini.. makna empat dinar itu adalah Allah S.W.T menjadikan alam ini dengan 4 penjuru iaitu utara,selatan,timur dan barat serta Allah menjadikan manusia dari empat unsur,api ,angin ,air,dan tanah.Kata-kata watak ini membuatkan penulis berfikir tentang kehidupan yang sering terleka terlupa pada Yang Maha Esa. KekuasaanNya sangat terhingga. Itu adalah hakikatnya! Mungkin empat dinar itu adalah simbolik kepada kemurahan ilmu dan nikmat yang diberikan. Cuma kita perlu mencari-cari. Yang penting tidak lupa pada yang Hakiki. Salam

Sunday, April 12, 2009

KAPITAL MALL DAH TAMAT...

Ha,Kapital Mall dah tamat dah. Ada call yang datang nak tempah seat. Tapi show 3 hari jelah. Bukan sebulan,sorry ye. Oklah,full house 3 hari tu. Semuanya berbaloilah jugak. Tapi biasalah,ada yang suka,ada yang tak suka. Alaaaa,sedangkan durian yang raja buah tu pun ada yang tak suka. Inikan pula Teater,perkara yang subjektif. Tapi semuanya macam biasalah,kehidupan ini pula diteruskan dengan biasa. Kapital Mall dah runtuh,tak boleh nak shopping lagi. Semoga dengan keruntuhannya itu,ada insan-insan yang berjaya menafsir kebodohan-kebodohan pembikin dalam menyampaikan mesej yang ingin disampaikan. Sekian sahaja. Assalam... Nantikan Haris Fadilah di Panggung Bandaraya bulan 7 ni.

BANGSAWAN HARIS FADILAH,LAKONAN LANJUTAN(KLASIK ROM GREEK)

Apa dialah semua ni... Takkan nak berlakon klasik je kot dalam 2 minggu ni. Aduh,menyeksakan zahir dan batin. Bangsawan Haris Fadilah adalah sebuah Teater Klasik Melayu yang boleh diterjemahkan kedalam aliran Teater Fitrah. Kenapa ya? Al maklumlah,kisah Arabian gitu membuatkan penonton berfikir mengenai fitrah semulajadi manusia yang cuba mencari tuhan mereka. Klasik Greek dan Rom pula bukanlah perkara yang selalu disisi. Tak pernah pun dalam hidup ni belajar dan tengok orang berlakon dengan stail klasik yang begitu. Overall bagi penulis,merasakan klasik adalah perbuatan membesarkan sesuatu samaada dari sudut mimik muka atau pergerakan dan juga lontaran dialog yang agak pelik kerana ianya perlu dilebih-lebihkan. Mungkin dari sudut Bangsawan lontaran dialognya agak melodrama( mendayu-dayu,penuh syahdu dan sedu-sedan). Berbeza sedikit dengan Klasik Barat yang lebih suka (menembak) dan lebih tajam lontaran dialognya. Ini pendapat bukan fakta. Perasaan penulis semasa melakukan lakonan stail ini. Apa yang penting adalah kejujuran semasa melakukannya. Bak kata mahaguru,bila kita jujur,semua jadi betul. Masalahnya,jujur ke kita ni? Macam buat-buat je?

Thursday, April 2, 2009

Dah tinggal sehari lagi pembukaan Kapital Mall!!!

Semua telah siap sedia untuk menyambut sambutan ulang tahun pertama kelahiran Kapital Mall. Pengunjung-pengunjung mula membanjiri pintu masuk walaupun ketika pekerja-pekerja masih belum benar sedia menerimanya. Semua pengunjung memasuki carnifool dengan sifat diri masing-masing dengan keyakinan tebal kepada satu sistem yang dikenali Sistem Kapital. Mereka dikejutkan dengan ucapan kegagalan sistem itu. Tapi siapa yang peduli? Apa yang paling penting adalah isikan perut dengan makanan dulu. Dah makan belum? Lapar tak? Jom pi makan! Ucapan yang selalu kita dengar dimana-mana ruang. Dua jantina bertukar sibuk memakan sesama sendiri! Sedang mereka tidak perasan sebab mereka sendiri dimakan. Makan! Bos saya tak sihat, tiada siapa yang boleh bawa saya ke klinik sebab semua orang kerja. Saya tak boleh ambil MC. " Emmm..." Entahlah! Kamu kena kerja juga! Kalau tak gaji kamu dipotong separuh! Aku tak mahu menjadi penentang tapi sebab kamu mengajar aku menjadi seorang penentang. Aku mahu keluar tapi bukan ku lari! Kumpulan ini bersama menyelinap mencari strategi point untuk ditawan dan diubah. Bukan kerana mereka mahu melakukannya namun tiada apa yang mampu dibuat selain dengan cara ini. Gerak! Dan teruskan bergerak! Anynomous! Macam tak masuk akal je? Sibuk nak bertanya sampai lupa apa yang dijawab. Dia bertanya dia tertipu,dia menipu dia tertipu.Manusia-manusia bertopeng menyanyi-nyanyi dengan lagak dan laku diri. Apa yang paling penting adalah Shop Shop Shop Ping Ping Ping.Dengan mengaut segala pujian dan duit-duitan dari Sistem,topeng ini terus memakan darah hitam mereka yang tidak pernah bertopeng. Penggrghggg! Berderai kaca itu jatuh menimpa marmar. Seorang pekerja tanpa dosa dibuang sebab prinsip " Customer Always Right ". Lelaki ini bersungguh membantu Pekerja. Tapi ibarat kaca terhempas, begitulah kebaikan berselindung ini berkecai bila luka kaca meyakitkan jari sendiri. Kamu semua mesti tak perasan kan? Ada tak yang hilang ke? Tiba-tiba ada orang terlanggar ke? Ada orang tengok ke? Tengok-tengok ada orang nak bunuh diri! Nak bunuh diri tak ingat diri tuan? Macamlah kau tu ingat tuhan sangat. Semua dah naik! Duit simpanan -RM 12.90 sen. Bunuh dirilah! Kan senang tu! Dah perasan belum? Belum lagi? Oklah. Saya ada suprise untuk Tan Sri! Meriahnya majlis ni. Karnival Beli Belah Kapital Mall.