Sunday, April 12, 2009

BANGSAWAN HARIS FADILAH,LAKONAN LANJUTAN(KLASIK ROM GREEK)

Apa dialah semua ni... Takkan nak berlakon klasik je kot dalam 2 minggu ni. Aduh,menyeksakan zahir dan batin. Bangsawan Haris Fadilah adalah sebuah Teater Klasik Melayu yang boleh diterjemahkan kedalam aliran Teater Fitrah. Kenapa ya? Al maklumlah,kisah Arabian gitu membuatkan penonton berfikir mengenai fitrah semulajadi manusia yang cuba mencari tuhan mereka. Klasik Greek dan Rom pula bukanlah perkara yang selalu disisi. Tak pernah pun dalam hidup ni belajar dan tengok orang berlakon dengan stail klasik yang begitu. Overall bagi penulis,merasakan klasik adalah perbuatan membesarkan sesuatu samaada dari sudut mimik muka atau pergerakan dan juga lontaran dialog yang agak pelik kerana ianya perlu dilebih-lebihkan. Mungkin dari sudut Bangsawan lontaran dialognya agak melodrama( mendayu-dayu,penuh syahdu dan sedu-sedan). Berbeza sedikit dengan Klasik Barat yang lebih suka (menembak) dan lebih tajam lontaran dialognya. Ini pendapat bukan fakta. Perasaan penulis semasa melakukan lakonan stail ini. Apa yang penting adalah kejujuran semasa melakukannya. Bak kata mahaguru,bila kita jujur,semua jadi betul. Masalahnya,jujur ke kita ni? Macam buat-buat je?

No comments:

Post a Comment