Friday, August 28, 2009
NAK TAHU APA YANG TERBARU ?
Dalam dunia ini tidak pernah akan ada benda yang baru... Itu satu jawapan yang utuh kepada setiap persoalan yang kamu tanya pada aku. Cuma yang akan berubah adalah fikiran disebabkan sesuatu yang berlaku... Disini aku ada sebab untuk mengatakan pendirian aku terhadap sesuatu perkara tanpa paksaan daripada sesiapa... Saya lelaki gagal ! Itu dah terbukti dengan jelas dengan segala tindak tanduk aku sendiri. Aku tak mampu nak buat apa yang aku nak buat dan nak suruh orang buat apa yang aku nak buat. Habis tu nak apa lagi ? APA LAGI ?
Sunday, July 26, 2009
PERMULAAN KEPADA SESUATU YANG LEBIH MANIS DAN BERHARGA
Adalah dengan ini diumumkan...
Berjaya meneruskan satu lagi ujian getir...
Seperti enam bulan yang berlalu....
Meneruskan lagi enam bulan akan datang...
Pasti cabarannya berbeza...
Doa umi dan abi ditagih selalu...
Serta yang sudi menyayangi diri ini...
Teruskanlah usaha dan iltikad...
Moga yang manis lebih manis dari yang pahit...
Berjaya meneruskan satu lagi ujian getir...
Seperti enam bulan yang berlalu....
Meneruskan lagi enam bulan akan datang...
Pasti cabarannya berbeza...
Doa umi dan abi ditagih selalu...
Serta yang sudi menyayangi diri ini...
Teruskanlah usaha dan iltikad...
Moga yang manis lebih manis dari yang pahit...
Monday, June 22, 2009
Tentang hakikat sebuah perjalanan bernama kehidupan.
Nama saya hidup,mak saya panggil saya hidupan,ayah saya panggil saya dihidupkan.Kawan-kawan saya panggil saya hid je. Sebab dioarang kata nama tu lebih senang disebut. Tapi nama saya tu tak ada makna kalau hid je. Lebih kurang dengan separuh hidup tu je. Saya tak suka,tapi kawan-kawan suka dengan nama tu. Sampai cikgu kat sekolah pun panggil saya dengan nama tu. Saya rimas,saya tak suka tapi diorang tu cikgu saya. Dioranglah ajar saya A B C... 1 2 3... . Saya tak boleh lawan,sebab saya ni kecil je. Mungkin kalau nama saya tu tak dipanggil Hid, semua panggil hidup saya boleh bangkit melawan. Tapi nak buat macam mana,nama itu satu doa.
..............................................
Satu tengahari... Cuaca yang agak mendung menolak saya ke satu perjalanan yang berbeza. Saya melihat satu keindahan dari pencipta yang menciptakan kehidupan yang indah. Saya berhenti sejenak mendengar kicauan burung. Saya melihat dengan lebih halus ke arah bunyian sahutan unggas yang lelah mengalunkan bunyian tanpa suara itu. Sekian lama saya halusi,ada getaran aneh mengangkat daya halus untuk bertindak menafsir bunyian tanpa suara. Indah hidup ini bila dalam perjalanan kita berhenti mendengar bunyian-bunyian tanpa suara. Kita tidak mendengar... Tetapi kita melihat untuk mendengar. Suara pujian kehidupan dalam bunyian tanpa suara.
.............................................
Senja itu saya duduk seorang seakan berbaring di atas tilam lusuh kuning. Saya mengerutkan kening melihat tompok-tompok hitam memenuhi syiling tepat di atas kepala. Sudah sampai masanya titik-titik hitam ini diganti dengan putih suci. Saya cuba menggerakkan jari,tapi ternyata jari ini buka lagi di bawah kawalan diri saya. Saya hanya mampu tersenyum melihat angin yang sejuk menerpa melalui setiap rongga badan lesu ini. Saat yang ditunggu oleh saya hampir sampai. Saya tiada pesanan untuk semua cuma mengharapkan bunyian tanpa suara terus mengalunkan pujian pada pencipta kehidupan. Cuma saya ada satu harapan sebelum angin lena membawa saya ke sana... Panggillah saya Hidup... Kerana saya adalah sebuah kehidupan.
Pakumas... Inspirasi dari kicauan unggas di Paya Nangka
Tuesday, May 26, 2009
HAYATILAH... RASAILAH... RENUNGKANLAH
Friday, May 22, 2009
PANGGIL NAMAKU IZRAIL
SAKSIKAN PANGGIL NAMAKU IZRAIL... SEMPENA PROGRAM MARATHON TEATER 2009... DATANG BERAMAI-RAMAI
28 MEI 2009
KHAMIS MALAM JUMAAT
BLACKBOX ASWARA
KUALA LUMPUR
MASUK DENGAN SUMBANGAN
28 MEI 2009
KHAMIS MALAM JUMAAT
BLACKBOX ASWARA
KUALA LUMPUR
MASUK DENGAN SUMBANGAN
JANGAN SALAHKAN KEHIDUPAN...
Jangan salahkan kehidupan...
Jika cinta itu tidak menjadi
Jangan salahkan kehidupan...
Jika darah itu cinta
Jangan salahkan kehidupan...
Jika cinta itu berdarah
Jangan salahkan kehidupan
Jika cinta itu tidak indah
Jangan salahkan kehidupan
Jika aku berubah
Jangan salahkan kehidupan
Jika aku terus begini
Jika aku terus begini
Jangan salahkan kehidupan
Jika aku pilih cinta ini
Jangan salahkan kehidupan
Jika cinta ini salah
Jangan salahkan kehidupan
Jika kehidupan aku yang salah
Tuesday, May 12, 2009
ARUS DEBUNGA
ARUS DEBUNGA
LAGU DAN LIRIK BY : KEZOR N PAKUMAS
Intro : A m Dm Em
Am Dm Em Cmj
Am Dm Em CODA*
A M DM
DEBUNGA MUDA LEKA TERHANYUT
EM CM
DALAM GELOMBANG ARUS MENGGILA
FM DM
MENCARI DAHAN UNTUK BERPAUT
EM AM
AGAR BENIHNYA TUMBUH BERBUNGA
AM DM
DI TENGAH ARUS BERTEMU KUALA
EM CM
GELISAH ARUS MAHU DITUJU
FM DM
SALAHNYA ARUS MUSNAHLAH IA
EM AM
OH HANYUT DITELAN ARUS NAFSU
C/O
A7 DM
PADAMU YANG EMPUNYA
GM CM
KU POHON RESTU MU
AM DM
AGAR ARUS HIDUP INI
FM EM
DIDALAM BELAIAN RAHMATMU
A7 DM GM CM
SEGALA KEKHILAFAN JUA KEALPAAN
AM DM
TAK MENJADI SATU HUKUMAN
FM
AGAR HIDUP INI
GM
MENJADI BENIH-BENIH
FM
SUBUR MENYINARI
EM AM EM
DUNIA INDAH INI...
AM FM
SEMOGA PERJALANAN
EM AM
TIDAK SALAH HALUAN
AM FM
LURUSNYA JALAN MU
EM AM
DENGAN NUR HIDAYAH –MU
Breff : Am Dm Em Cm Em
Am Dm Em Am
ULANG C/O
LAGU DAN LIRIK BY : KEZOR N PAKUMAS
Intro : A m Dm Em
Am Dm Em Cmj
Am Dm Em CODA*
A M DM
DEBUNGA MUDA LEKA TERHANYUT
EM CM
DALAM GELOMBANG ARUS MENGGILA
FM DM
MENCARI DAHAN UNTUK BERPAUT
EM AM
AGAR BENIHNYA TUMBUH BERBUNGA
AM DM
DI TENGAH ARUS BERTEMU KUALA
EM CM
GELISAH ARUS MAHU DITUJU
FM DM
SALAHNYA ARUS MUSNAHLAH IA
EM AM
OH HANYUT DITELAN ARUS NAFSU
C/O
A7 DM
PADAMU YANG EMPUNYA
GM CM
KU POHON RESTU MU
AM DM
AGAR ARUS HIDUP INI
FM EM
DIDALAM BELAIAN RAHMATMU
A7 DM GM CM
SEGALA KEKHILAFAN JUA KEALPAAN
AM DM
TAK MENJADI SATU HUKUMAN
FM
AGAR HIDUP INI
GM
MENJADI BENIH-BENIH
FM
SUBUR MENYINARI
EM AM EM
DUNIA INDAH INI...
AM FM
SEMOGA PERJALANAN
EM AM
TIDAK SALAH HALUAN
AM FM
LURUSNYA JALAN MU
EM AM
DENGAN NUR HIDAYAH –MU
Breff : Am Dm Em Cm Em
Am Dm Em Am
ULANG C/O
1 PENGURUSAN PENTAS! 2 PENGARAHAN! DAN 5 LAKONAN!
Semua tu berlaku dalam 4 minggu ni sahaja! Memang sibuk lagi merumitkan. Tapi ini adalah realitinya jika saya mahu berjaya... Adakah saya yakin saya akan berjaya? Kemungkinannya itu tetap ada jika ada rezeki saya dalam bidang ni. Baru ni pulang ke kampung.. Tapi hanya sempat menatap wajah ibunda dan ayahanda dalam sekali dua. Sakitnyalah hati... Adat seorang yang menjadikan seni sebagai wadah kehidupan di muka bumi Allah terindah ini... Ibarat lirik lagu Arus Debunga yang ditulis sendiri... Debunga muda leka terhanyut... Dalam gelombang arus menggila... Mencari dahan untuk berpaut... Agar benihnya terus berbunga... Harapnya ada sesuatu yang berharga menunggu untuk dihujung perjalanan. Tq kepada seseorang yang terus tidak jemu menyokong dan menbantu perjalanan hidup ini.
Saturday, April 18, 2009
ORANG TUA DAN 4 DINAR
Tidak sampai 24 jam dari blog ini ditulis,penulis baru saja selesai memainkan watak orang tua di dalam Bangsawan Haris Fadilah. Watak ini hanya muncul sekali sahaja dalam bangsawan ini. Walau begitu,impak dari dialog yang diucapkan mengubah seluruh kehidupan Orang Muda. Jika ditenung dan direnung kata-kata watak ini.. makna empat dinar itu adalah Allah S.W.T menjadikan alam ini dengan 4 penjuru iaitu utara,selatan,timur dan barat serta Allah menjadikan manusia dari empat unsur,api ,angin ,air,dan tanah.Kata-kata watak ini membuatkan penulis berfikir tentang kehidupan yang sering terleka terlupa pada Yang Maha Esa. KekuasaanNya sangat terhingga. Itu adalah hakikatnya! Mungkin empat dinar itu adalah simbolik kepada kemurahan ilmu dan nikmat yang diberikan. Cuma kita perlu mencari-cari. Yang penting tidak lupa pada yang Hakiki. Salam
Sunday, April 12, 2009
KAPITAL MALL DAH TAMAT...
Ha,Kapital Mall dah tamat dah. Ada call yang datang nak tempah seat. Tapi show 3 hari jelah. Bukan sebulan,sorry ye. Oklah,full house 3 hari tu. Semuanya berbaloilah jugak. Tapi biasalah,ada yang suka,ada yang tak suka. Alaaaa,sedangkan durian yang raja buah tu pun ada yang tak suka. Inikan pula Teater,perkara yang subjektif. Tapi semuanya macam biasalah,kehidupan ini pula diteruskan dengan biasa. Kapital Mall dah runtuh,tak boleh nak shopping lagi. Semoga dengan keruntuhannya itu,ada insan-insan yang berjaya menafsir kebodohan-kebodohan pembikin dalam menyampaikan mesej yang ingin disampaikan. Sekian sahaja. Assalam... Nantikan Haris Fadilah di Panggung Bandaraya bulan 7 ni.
BANGSAWAN HARIS FADILAH,LAKONAN LANJUTAN(KLASIK ROM GREEK)
Apa dialah semua ni... Takkan nak berlakon klasik je kot dalam 2 minggu ni. Aduh,menyeksakan zahir dan batin. Bangsawan Haris Fadilah adalah sebuah Teater Klasik Melayu yang boleh diterjemahkan kedalam aliran Teater Fitrah. Kenapa ya? Al maklumlah,kisah Arabian gitu membuatkan penonton berfikir mengenai fitrah semulajadi manusia yang cuba mencari tuhan mereka. Klasik Greek dan Rom pula bukanlah perkara yang selalu disisi. Tak pernah pun dalam hidup ni belajar dan tengok orang berlakon dengan stail klasik yang begitu. Overall bagi penulis,merasakan klasik adalah perbuatan membesarkan sesuatu samaada dari sudut mimik muka atau pergerakan dan juga lontaran dialog yang agak pelik kerana ianya perlu dilebih-lebihkan. Mungkin dari sudut Bangsawan lontaran dialognya agak melodrama( mendayu-dayu,penuh syahdu dan sedu-sedan). Berbeza sedikit dengan Klasik Barat yang lebih suka (menembak) dan lebih tajam lontaran dialognya. Ini pendapat bukan fakta. Perasaan penulis semasa melakukan lakonan stail ini. Apa yang penting adalah kejujuran semasa melakukannya. Bak kata mahaguru,bila kita jujur,semua jadi betul. Masalahnya,jujur ke kita ni? Macam buat-buat je?
Thursday, April 2, 2009
Dah tinggal sehari lagi pembukaan Kapital Mall!!!
Semua telah siap sedia untuk menyambut sambutan ulang tahun pertama kelahiran Kapital Mall. Pengunjung-pengunjung mula membanjiri pintu masuk walaupun ketika pekerja-pekerja masih belum benar sedia menerimanya. Semua pengunjung memasuki carnifool dengan sifat diri masing-masing dengan keyakinan tebal kepada satu sistem yang dikenali Sistem Kapital. Mereka dikejutkan dengan ucapan kegagalan sistem itu. Tapi siapa yang peduli? Apa yang paling penting adalah isikan perut dengan makanan dulu. Dah makan belum? Lapar tak? Jom pi makan! Ucapan yang selalu kita dengar dimana-mana ruang. Dua jantina bertukar sibuk memakan sesama sendiri! Sedang mereka tidak perasan sebab mereka sendiri dimakan. Makan! Bos saya tak sihat, tiada siapa yang boleh bawa saya ke klinik sebab semua orang kerja. Saya tak boleh ambil MC. " Emmm..." Entahlah! Kamu kena kerja juga! Kalau tak gaji kamu dipotong separuh! Aku tak mahu menjadi penentang tapi sebab kamu mengajar aku menjadi seorang penentang. Aku mahu keluar tapi bukan ku lari! Kumpulan ini bersama menyelinap mencari strategi point untuk ditawan dan diubah. Bukan kerana mereka mahu melakukannya namun tiada apa yang mampu dibuat selain dengan cara ini. Gerak! Dan teruskan bergerak! Anynomous! Macam tak masuk akal je? Sibuk nak bertanya sampai lupa apa yang dijawab. Dia bertanya dia tertipu,dia menipu dia tertipu.Manusia-manusia bertopeng menyanyi-nyanyi dengan lagak dan laku diri. Apa yang paling penting adalah Shop Shop Shop Ping Ping Ping.Dengan mengaut segala pujian dan duit-duitan dari Sistem,topeng ini terus memakan darah hitam mereka yang tidak pernah bertopeng. Penggrghggg! Berderai kaca itu jatuh menimpa marmar. Seorang pekerja tanpa dosa dibuang sebab prinsip " Customer Always Right ". Lelaki ini bersungguh membantu Pekerja. Tapi ibarat kaca terhempas, begitulah kebaikan berselindung ini berkecai bila luka kaca meyakitkan jari sendiri. Kamu semua mesti tak perasan kan? Ada tak yang hilang ke? Tiba-tiba ada orang terlanggar ke? Ada orang tengok ke? Tengok-tengok ada orang nak bunuh diri! Nak bunuh diri tak ingat diri tuan? Macamlah kau tu ingat tuhan sangat. Semua dah naik! Duit simpanan -RM 12.90 sen. Bunuh dirilah! Kan senang tu! Dah perasan belum? Belum lagi? Oklah. Saya ada suprise untuk Tan Sri! Meriahnya majlis ni. Karnival Beli Belah Kapital Mall.
Tuesday, March 31, 2009
Hari ini hari demam...
Hari ni terlewat bangun. Mungkin penat sepanjang minggu ni membuatkan badan tak selesa dan panas. Semalam hampir berlaku kejadian tidak diingini. BBX hampur terbakar! Nasib baik kirin ( bukan nama sebenar) menjadi hero di tempat kejadian. Hari ni tiba-tiba je badan terasa lesu dan sangat penat! Tiba-tiba kepala sakit yang teramat. Hari ni rehearsal Capital Mall berjalan seperti biasa. Hari ni namron( Bukan nama sebenar) akan melihat dan mengubah apa yang perlu diubah. Maaf tiada gambar. Copyright kata Production Manager! Haha. Hari ni agak sedih, insan yang kita sayang pergi mandi tanpa bagitahu semasa kami sedang bersms. Yelah... Siapalah kita? Insan yang terbuang yang hanya berpaut pada dahan yang rapuh. Bila-bila boleh tersungkur menyembah bumi. Goodluck
Sunday, March 29, 2009
Nantikan Teater Eksperimen Kapital Mall...
Dalam masa 4 jam di sebuah pusat membeli-belah yang sedang melangsungkan karnival mega sale. Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku. Semua sedang bergembira dengan sistem yang diwujudkan untuk menakluk hati setiap manusia. Dalam tidak disedari ada insan-insan yang merana disebabkan sistem ini. Tunggu dan lihat sahaja.
Sunday, March 22, 2009
ZIP AKU ROSAK!!!!
Kejadian berlaku di dalam LRT! Hah! Nasib baik tak ada yang perasan... Bila difikirkan semula kenapa nak malu sangat? Bukan sengaja pun nak tunjukkan! Dah takdir nak rosak so apa nak dipedulikan? Hari ni akan ada sesuatu yang dipanggil " keletihan sampai di tahap tidak boleh berehat lagi". Oklah...
Semalam hilang road tax,
hari ni naik LRT.
Naik LRT,
Zip terbuka.
Semalam hilang road tax,
hari ni naik LRT.
Naik LRT,
Zip terbuka.
13 HARI LAGI MENUJU CAPITAL MALL....
CAPITAL MALL merupakan kerja yang berat dan susah. Semua orang sedang berat kepala untuk bekerja dalamnya. Hari yang13 sudah sampai. Orang kata no 13 ni adalah hari yang malang. Betul ke? Tapi hari ini adalah yang terbaik! Tiada yang lambat,tiada yang culas-culas! This mitos have busted! CAPITAL MALL hanya tinggal kurang 2 minggu! Tunggu dan lihat!
Tuesday, March 17, 2009
Hari ini hari yang pelik....
Kenapa semua orang jadi pelik hari ini? Hari ini hari yang paling penting... Tapi kenapa semua orang jadi pelik? Malas,tidur,pergi makan... Ahh.. Kenapa? Semua orang perlu bangun! Tolonglah bangun dari tidur dan mimpi sedar kamu semua. Kamu semua hebat. Aku tahu semua itu!
Subscribe to:
Posts (Atom)