Thursday, April 2, 2009
Dah tinggal sehari lagi pembukaan Kapital Mall!!!
Semua telah siap sedia untuk menyambut sambutan ulang tahun pertama kelahiran Kapital Mall. Pengunjung-pengunjung mula membanjiri pintu masuk walaupun ketika pekerja-pekerja masih belum benar sedia menerimanya. Semua pengunjung memasuki carnifool dengan sifat diri masing-masing dengan keyakinan tebal kepada satu sistem yang dikenali Sistem Kapital. Mereka dikejutkan dengan ucapan kegagalan sistem itu. Tapi siapa yang peduli? Apa yang paling penting adalah isikan perut dengan makanan dulu. Dah makan belum? Lapar tak? Jom pi makan! Ucapan yang selalu kita dengar dimana-mana ruang. Dua jantina bertukar sibuk memakan sesama sendiri! Sedang mereka tidak perasan sebab mereka sendiri dimakan. Makan! Bos saya tak sihat, tiada siapa yang boleh bawa saya ke klinik sebab semua orang kerja. Saya tak boleh ambil MC. " Emmm..." Entahlah! Kamu kena kerja juga! Kalau tak gaji kamu dipotong separuh! Aku tak mahu menjadi penentang tapi sebab kamu mengajar aku menjadi seorang penentang. Aku mahu keluar tapi bukan ku lari! Kumpulan ini bersama menyelinap mencari strategi point untuk ditawan dan diubah. Bukan kerana mereka mahu melakukannya namun tiada apa yang mampu dibuat selain dengan cara ini. Gerak! Dan teruskan bergerak! Anynomous! Macam tak masuk akal je? Sibuk nak bertanya sampai lupa apa yang dijawab. Dia bertanya dia tertipu,dia menipu dia tertipu.Manusia-manusia bertopeng menyanyi-nyanyi dengan lagak dan laku diri. Apa yang paling penting adalah Shop Shop Shop Ping Ping Ping.Dengan mengaut segala pujian dan duit-duitan dari Sistem,topeng ini terus memakan darah hitam mereka yang tidak pernah bertopeng. Penggrghggg! Berderai kaca itu jatuh menimpa marmar. Seorang pekerja tanpa dosa dibuang sebab prinsip " Customer Always Right ". Lelaki ini bersungguh membantu Pekerja. Tapi ibarat kaca terhempas, begitulah kebaikan berselindung ini berkecai bila luka kaca meyakitkan jari sendiri. Kamu semua mesti tak perasan kan? Ada tak yang hilang ke? Tiba-tiba ada orang terlanggar ke? Ada orang tengok ke? Tengok-tengok ada orang nak bunuh diri! Nak bunuh diri tak ingat diri tuan? Macamlah kau tu ingat tuhan sangat. Semua dah naik! Duit simpanan -RM 12.90 sen. Bunuh dirilah! Kan senang tu! Dah perasan belum? Belum lagi? Oklah. Saya ada suprise untuk Tan Sri! Meriahnya majlis ni. Karnival Beli Belah Kapital Mall.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment